DI PAGI HARI RAYA AIDILFITRI 2011

DI PAGI HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Rabu, 21 September 2011

KOD ETIKA KEGURUAN

SALAH LAKU GURU YANG MELANGGAR KOD ETIKA KEGURUAN
Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagaiaspek yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak,perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasamaahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara bidang profesionalyang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain –lain.
Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein danLevine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri – ciri yang terdapatdalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri – ciri yang telah dinyatakanadalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yangdiceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.
Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalahseorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakardalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri.
Merujuk kepada ciri – ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hariini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakinbanyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada – dada akhbar.Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagaisuatu profesion yang mulia. Oleh itu, esei ini akan membincangkan mengenaidua isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan iaitupenyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang.
Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia,waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagihingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulumpada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid – murid dan guru terlibat





secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa dikalangan guru di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiardi media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalamansekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripadaterus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah gurutidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajarandengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaranyang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluardaripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerjayang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook,ber’chatting’, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan dimalam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hinggamenjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari danbanyak lagi.
Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua puncautama kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama,indivdu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap yang tidak sepertimempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam kerja,kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap iniwujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkansehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh – sungguh dalammendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yangbakal diterima pada setiap bulan.
Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaanyang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorongkepada berlakunya permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan danpenguatkuasaan juga lemah, maka guru – guru menjadi lebih berani untuk


menyalahgunakan masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada
tindakan mereka.
Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amatburuk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesionaldan murid – murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan iniadalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah.Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidakyakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak – anak mereka.
Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahn ini tidakdibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, danindividu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan initidak terus menular dan menjadi semakin teruk.
Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan darisemasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru – guru di sekolah. Denganadanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untukmenyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbirjuga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihatkepadaguru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, makabolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbirboleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mngenakantindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalahserius dan berulang. Dengan cara ini, guru – guru akan sedar akan kesilapandiri dan tidak akan mengulanginya lagi.
Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini. Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan – rakan








yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat
dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya.
Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalamusaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukanadalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan.Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dandiperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebihbaik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjaditeladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat - sifat yang idealsebagai seorang guru.Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktivitisupaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziranmasa.
Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Sejak akhir – akhir ini,semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan gurudisiarkan dalam media massa. Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan olehpihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yangmengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lainpenyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa muridmembeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar,melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian, mengemukakantuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu, guru mengutip yurankhas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolahdengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidakmengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi.


Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalahberpunca dari individu yang menguruskan wang itu sendiri. Guru yang terlibatdalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidupmewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri,maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telahdiamanahkan kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dankeimanan dalam diri. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilaikejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan.Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalammenguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewamenguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebutbiasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang menggariskanbatas – batas tatacara pengurusan kejayanya.
Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihakpentadbir. Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnyapemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusanwang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan jugaadalah lemah, maka guru – guru menjadi lebih berani untuk menggelapkanwang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yangdiambil. Tidak kurang juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenaiprosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru – gurumengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir – butir perbelanjaanuntuk kepentingan diri.
Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepadapermasalahan yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk. Menyedarihakikat ini, maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil.Pertama,pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring)dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan carasentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada



berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnyaguru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahanyang dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekapbagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah,membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagimemastikan mereka memahami undang - undang, peraturan kewangan,pekeliling - pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa ke semasasupaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali gurubesar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapatmempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah.
Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendungmasalah ini dengan cara memberi nasihat kepada rakan yangmenyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan yang telah dilakukandan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telahdilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang.
Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah.Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabahdiri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guru perlu bijak dalammemilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agardapat terus memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekadmenolak rasuah dengan tegas.
Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegangteguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu –isu pelanggaran kod etikakeguruan seperti isu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang disekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesanyang buruk terhadap profesion keguruan,pembangunan modal insan dan masadepan anak bangsa.

1 ulasan:

  1. saya nak guna bahan ini utk forum leh dak...jijan bagi

    BalasPadam